Bantu pencarian kapal selam, rakyat Indonesia terharu & hargai usaha TLDM


Berikutan kehilangan kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut bersama bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Khamis lalu.

Meninjau di platform media sosial, rakyat Indonesia meluahkan rasa terharu terhadap ketersediaan Malaysia dengan mengatur gerak kapal penyelamat MV Mega Bakti dalam membantu musibah dihadapi negara jiran.

Menerusi beberapa ciapan di laman Twitter, mereka mengucapkan terima kasih atas usaha pihak TLDM dan bantuan dari negara lain serta mendoakan agar semua 53 kelasi dapat diselamatkan.

Selain itu, ada juga individu mendoakan agar hubungan Malaysia-Indonesia terus terjalin erat bukan atas dasar politik semata-mata, sebaliknya dari semua aspek serumpun.

Semangat serumpun! Terima kasih Malaysia

Moga persahabatan negara kita tetap terjalin baik

‘Love’ Malaysia daripada seluruh warga Indonesia!

Sampaikan terima kasih kami pada saudara2 lain…

Selain itu, seorang pengguna TikTok @kang_raket_11 turut menunjukkan rasa hormat dengan memuat naik paparan berita Indonesia yang melaporkan mengenai TLDM ketika belayar menuju ke perairan Bali Utara.

Salam respek untuk rakyat Malaysia!

Terdahulu, media tempatan melaporkan, kapal selam milik TNI itu terputus hubungan ketika menjalani latihan pada jam 4.30 pagi Rabu di sekitar 96 kilometer di perairan Bali.

Malah, TNI juga mengesahkan bekalan oksigen yang terdapat dalam kapal selam berkenaan hanya mampu bertahan selama 72 jam sahaja.

Sumber: Twitter , TikTok , Harian Metro