Pesanan ‘Terakhir’, Tular Video Kru Kapal Selam Nyanyi Lagu ‘Sampai Jumpa’ Ramai2
Berita tentang tragedi yang menimpa kru kapal selam KRI Nanggala 402 merupakan satu perkhabaran duka buat seluruh rakyat Indonesia.
Baru-baru ini tular pula sebuah video mempamerkan kru kapal selam tersebut berkumpul menyanyikan lagu berjudul ‘Sampai Jumpa’ beramai-ramai.
Video tersebut dikongsi oleh pelantun lagu berkenaan, Erix Soekamti menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Dalam video itu, kelihatan salah seorang kru sedang bermain gitar sementara rakan-rakan lain menyanyikan lagu tersebut sewaktu berada dalam kapal selam itu.
Menyanyi beramai2, seakan menyampaikan pesanan terakhir
Berikut kami kongsikan lirik lagu ‘Sampai Jumpa’ yang dinyanyikan oleh mereka:
“Datang akan pergi
Lewat ‘kan berlalu
Ada ‘kan tiada bertemu akan berpisah
Awal ‘kan berakhir
Terbit ‘kan tenggelam
Pasang akan surut bertemu akan berpisah
Hey, sampai jumpa di lain hari
Untuk kita bertemu lagi
Kurelakan dirimu pergi
Meskipun ku tak siap untuk merindu
Ku tak siap tanpa dirimu
Kuharap terbaik untukmu”
Meneliti setiap bait lagu itu, ternyata ia seperti membawa maksud mendalam berkaitan keberadaan mereka.
Seakan satu ‘pesanan terakhir’ daripada setiap kru ingin disampaikan buat ahli keluarga, saudara mara serta insan tersayang yang menanti kepulangan mereka.
Selain itu, tular juga sebuah video memperlihatkan setiap kru memegang ayat-ayat daripada lagu tersebut.
Merinding dengar lagu ni
Menjengah ke ruangan komen di perkongsian tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak saat menghayati suara serta melihat reaksi setiap kru kapal selam itu.
Mana tidaknya, raut wajah setiap kru dilihat begitu gembira, sama sekali tidak menyangka akan takdir ‘terindah’ yang ditentukan oleh Tuhan buat hidup mereka.
Semoga ada keajaiban
Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang beriman
Terdahulu, media Indonesia melaporkan Kapal Selam KRI Nanggala yang membawa seramai 53 kru kapal itu dipercayai mengalami keretakan dan tenggelam sedalam 850 meter di dasar laut.
Perkara itu ditentukan apabila anggota misi pencarian menemui tumpahan minyak dan serpihan kepingan serta barang-barang peribadi seperti sejadah dari kapal selam terbabit.
Sumber: Instagram @indonesian_militaredia, Instagram @erixsoekamti