Susulan bakal pengantin lelaki dikhvatiri Iemas, Majlis perkahwinan diteruskan, pelamin sepi tanpa pengantin


Seorang bakal pengantin dikhvatiri Iemas selepas mandi di Pantai KeIulut, di sini, petang tadi.

Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, hari ini.

Pasangan itu dijadualkan bernikah di kediaman Fatin Nabilah Huda di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong, di sini jam 10 pagi.

Difahamkan, sebelum kejadian mngsa dikatakan mandi sebeIum ditar1k 0mbak kira-kira jam 6.40 petang.

Bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, berkata, dia yang sedang memasang khemah untuk majlis berkenaan dimaklumkan anaknya mengenai kejadian men1mpa bakal menantunya.

“Kami kemudian bergeg4s ke tempat kejadian selepas solat Maghrib dan berjumpa dengan ahli keluarga besan.

“Kita reda dengan apa yang berlaku dan berharap mngsa segera ditemui,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian Pantai KeIulut di sini, hari ini.

Menurut Ismail lagi, pasangan itu bertunang bulan lalu selepas berkawan selama beberapa tahun.

“Mereka sampai di sini semalam dan segala persiapan sudah dibuat,” katanya.

Sementara itu, Ketua PoIis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mngsa kini difokuskan di kawasan pes1sir pantai dengan pencarian merangkumi jarak tiga kilometer dari lokasi m4ngsa dilaporkan Iemas.

Katanya, keadaan laut bergeIora dan 0mbak kuat menyebabkan selain keadaan cuaca yang geIap menyebabkan 0perasi dibuat pes1sir pantai.

“0perasi akan disambung jam 7 pagi ini,” katanya.

Sementara adik kepada m4ngsa, siti Nur Atiqah p0hon doa dari semua agar abangnya ditemui segera dalam keadaan selamat.Moga m4ngsa segera ditemui.

Majlis perkahwinan diteruskan, pelamin sepi tanpa pengantin

MARANG – Majlis perkahwinan pasangan pengantin, Naim Hariri Kamaruddin, 31, yang dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut, di sini tetap diteruskan di kediaman bakal pengantin perempuan, Fatin Nabila Huda Ismail, 27, di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong di sini pada Sabtu.

Hasil tinjauan di kediaman bakal pengantin perempuan mendapati pelamin yang siap dipasang hanya dilihat sepi tanpa pengantin.

Tetamu jemputan mula hadir jam 10 pagi serta ahli keluarga melayan tetamu seperti biasa sambil menitiskan air mata apabila masing-masing mengucapkan takziah di atas apa yang telah berlaku.

Kelihatan segala persiapan seperti pelamin, khemah, makanan, cenderahati termasuk buku catatan kehadiran tetamu juga telah tersedia.

Menurut bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, majlis berkenaan diteruskan juga bagi meraikan tetamu yang datang termasuk dari jauh lagipun segala persiapan sudah disediakan tetapi tidak menyangka pula akan berlaku perkara sebegini.

kad jemputan pasangan itu diletakkan di atas meja di hadapan pintu utama rumah pengantin

“Walaupun sedih dengan kehilangan bakal menantu dan nasib yang menimpa anak pak cik, kami sekeluarga gagahkan diri melayan tetamu yang sudah dijemput lebih kurang 500 orang. Lagipun makanan sudah ditempah lebih awal, nanti membazir pula.

“Hanya majlis akad nikah yang sepatutnya berlangsung jam 10 pagi tadi yang dijadualkan berlangsung di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin di sini dibatalkan.

“Anak pak cik, Fatin Nabila Huda, 27, sudah keluar awal pagi tadi ke pantai (lokasi kejadian) menghantar makanan kepada keluarga bakal suaminya selepas sempat menjamah sedikit makanan,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini.

Menurut Ismail berkata, dia sempat bersembang lebih kurang 10 minit dengan bakal menantunya itu pagi Jumaat yang datang bertandang sekejap ke rumah untuk bertanya khabar dan melihat persiapan yang sedang dilakukan sebelum pulang semula ke tempat penginapan mereka sekeluarga yang tiba di Terengganu pada Khamis.

Menceritakan perihal hubungan Fatin iaitu anak ketiga daripada enam beradik bersama bakal menantunya itu, Ismail berkata, mereka baru bertunang sebulan lalu dan telah menetapkan tarikh 26 Disember (hari ini) untuk majlis perkahwinan sementara majlis sebelah pihak lelaki diadakan di Kuala Lumpur yang dirancang pada 9 Januari depan.

Sebahagian cenderahati yang hendak diagihkan kepada tetamu disusun di hadapan rumah
“Pak cik difahamkan ibu Naim dah pesan jangan mandi pantai tetapi tidak tahu macam mana dia mandi juga, katanya nak pergi bersiar-siar ambil gambar sahaja bersama satu-satunya adik perempuannya itu sebelum insiden itu berlaku,” katanya.

Pesara kerajaan itu berkata, dia tahu anaknya kuat walaupun sekarang nampak dia mengalami sedikit trauma kerana kejadian itu berlaku sehari sebelum majlis perkahwinan mereka.

Dia turut berharap Naim dapat ditemui walau dalam apa jua keadaan sekalipun, biarlah kedua keluarga dapat menatapnya buat kali terakhir.

Kredit: sinarharian