Terpisah 9 bulan, pertemuan Aliff Aziz dengan isteri & anak2 buat ramai sayu
Selepas hampir sembilan bulan terpisah dan tidak dapat bertemu anak serta isteri, selebriti kelahiran Singapura, Aliff Aziz akhirnya kembali bersua dengan keluarganya.
Berjumpa selepas 9 bulan terpisah
Dalam satu perkongsian video yang dimuat naik ke Instagram Aliff dan isterinya Bella Astillah, dapat dilihat anak pertama mereka Ayden Adrean berlari memeluk bapanya kerana terlalu rindu.
Pertama kali jumpa anak kedua
Aliff yang telah selesai menjalani kuarantin selepas tiba dari Singapura ke Kuala Lumpur juga turut meluangkan masa bertemu anak keduanya yang belum pernah ditatap secara langsung sejak dari lahir.
Sayu bila Ayden panggil daddy
Momen indah itu telah dihasilkan oleh Budak Tadika dan mendapat lebih daripada 600,000 tontonan di Instagram Bella Astillah.
Susulan daripada itu, rata-rata warganet yang menonton video pertemuan tersebut telah meninggalkan komen dengan memaklumkan berasa sebak melihat situasi yang begitu menghibakan.
Alhamdulillah, sebak rasanya
Akhirnya Ayden dapat peluk daddy dia
Semoga Aliff menjadi daddy & suami yang lebih baik
Terdahulu, Aliff dan Bella yang sudah rujuk semula setelah mengambil keputusan berpisah pertengah tahun lalu terpaksa berjauhan disebabkan oleh pandemik yang melanda.
Aliff juga tidak dapat berada disisi isterinya ketika Bella Astillah bersalin anak kedua mereka pada Julai 2020 yang lalu.
Sumber: Bella Astillah