Sy isteri ke 2, time nak buat buku pink, suami suruh ngaku anak ni ank laki lain sbb dia sorokkn pkhwinan kami


Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Maaf kalau posting saya ni membuat kecaaman orang lain. Saya tahu ni semua salah berpunca dari saya sendiri. Saya buat keputusan terburu buru. Dulu ikutkan drah muda. Saya cuma buntu dan sangat2 tertekan.

Saya tak tau nak mulakan dari mana. Saya rasa macam separuh nak gilaa. Tapi pikirkan Allah masih ada dan saya bergantung harap dengan nya. Saya isteri ke 2. Dah sudah berkawen 6 tahun dengan suami saya. Saya kawen sejak umur 18 tahun dan sekarang saya sudah umur 24 tahun.

Keluarga saya semua dah tau saya kawen di sana. Mereka tak pernah membenci saya walaupun saya sudah buat keputusan membelangkagi diorang.
Cuma nya lepas saya kawen saya terus duduk dengan suami saya. Jauh dari ibu bapa saya sendiri. Dan sepanjang 5 tahun perkahwinan saya makan hati.

Isteri pertama tau pasal kami cumanya dia suruh saya sorok kan dari orang lain macam kawan2 suami dan sedara mara suami. Dia tak mau sapa2 tau suami saya kawen dua. Suami setuju keputusan isteri pertama. Dan saya sedar saya permpas jadi saya kena setuju.

Isteri pertama dah bagi tau jangan ada anak buat masa terdekat dan sepajang 5 tahun kami merancang untuk tak dak zuriat tapi Allah maha mengetahui saya tak tau mcm mana masuk 6 tahun perkhwinan kami saya di sahkan pregnant.

Hujung bulan 12.2019. Sejak tu suami saya berubah sikap dia selalu marah2 saya dan bila saya ajak pergi bukak buku pink dia tak mau sebab alasan dia tak mau orang tau dia kawen dua.

Sepanjang 6 tahun kami tak daftar sebab suami kami tunggu isteri pertama btoi2 redha baru dia daftar saya. Bila jadi isu mcm ni saya mula2 tak tau nak jawab apa dengan nurse.

Dan akhir nyaa saya mengaku sejujur nya saya isteri ke dua tak dak surat nikah sini. Tapi surat nikah siam suami saya pegang. Saya nak bagi bukti kampung diorang tak boleh sebab suami tak pernah bagi saya pegang sendiri.

Bila saya mintak nak tunjuk kt nurse. Dia tak mau bagi. Alasan dia tak mau orang tahu. Dia suruh saya mengaku anak ni anak luar nikah. Dan lelaki tu tak mau bertanggungjawab.

Hanya Allah saja yg tahu apa perasan saya masa tuu. Ya Allah demi Allah saya kawen sah di siam. Saya pergi mkamah sana angkat nikah sah. Tapi bila jadi mcm ni gamak suami saya suruh saya mengaku tu anak luar nikah dan lelaki tu tak mau bertanggungjawab.

Dia kata dia tak mau orang tau dia kawen dua sebb tuu janji dia dengan isteri pertama. Sekarang ni saya betul2 buntu. Sejak pkp suami saya tak balik rumah. Sebab dia bagi tau terkandas.

Saya faham tapi sekarang dah boleh rentas negeri dia bagi alasan duit tak dak. Untuk pengetahuan semua duit dalam acc saya dah tak dak sejak pkp bisnes suami saya merosot.

Saya gadaikan dulu gelang dan rantai saya untuk tranferkan kt suami saya. Dia ckap nk guna naikn balik bisnes saya. Duit dlm acc saya abis saya guna untuk perbelanjaan hari2 dan persiapan anak. Suami saya satu sen xbagi sebb dia kata perniagaan dia merosot.

Seminggu lepas kami bergadoh teruk sebab dia bagi alasan tak boleh balik. Sedangkan due saya dah nk dekat. Due awal bulan 7. Saya risauu takot2 saya terberanak awal tak dak sapa tolong saya.

Dia mrah terok malam tu dan dia cakap kau dan anak kau menyusahkan hidup aku ja. Kau berambus dari rumah tuu bawa anak kau sekali. Ya Allah hanya allah je tau apa perasan saya.

Tuan rumah pun ada chat saya suruh keluar rumah sebab suami saya dah tak bayar duit sewa rumah 2 bulan. Dan suami saya cakap yang dia dah tak mau duduk rumah ni. Sedangkan rumah ni saya yang duduk dengan anak dalam perut ni.

Saya sayangkan anak ni. Dia lah satu2 penyeri hidup saya. Saya tak tau nk duduk mana tambah due dh nk dekat. Nk balik rumah mak ayah saya. Saya dh lama tak balik sana tak kan saya nk balik sana menyusahkan diorang lagi.

Cukuplah saya dh bagi sensara kat diorang selamaa ni. Saya buntu saya stress tak tahu nk pergi mana. Suami saya dan isteri pertama sebelum ni tak bl0ck saya. Tapi sekarang dua2 bl0ck saya.

Dan suami saya last hantar wasap suruh saya keluar dan jangan cari dia lagi jangan maluukan dia mengaku yang saya ni megandungkan anak dia. Saya betul2 buntu.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalam semua pembaca. Aku mengenali Kak Ena dan Abang Zam sejak 2 tahun lalu ketika aku kerja sementara di kedai baju milik Kak Ena. Mereka melayan aku terlalu baik sehingga aku anggap Kak Ena seperti kakak sendiri.

Kak Ena dan Abang Zam telah berkahwin selama 9 tahun tapi belum diberi rezeki anak. Mereka telah melalui proses IVF tapi masih tiada rezeki.

Satu hari, Kak Ena meluahkan perasaannya bahawa dia berkenankan aku untuk dinikahkan dengan suaminya.

Aku tak pernah sangka benda ni akan jadi pada aku, sebab aku pernah melalui pengalaman bapa aku berpoligami tapi it doesn’t end well.

Jadi didalam lubuk hati aku ada perasaan skeptikal terhadap poligami. Kak Ena beri aku masa untuk berfikir.

Beberapa hari selepas itu Abang Zam juga memberitahu aku bahawa dia punya hati pada aku. Disebabkan keadaan mereka, aku mula sangsi adakah mereka buat begini sebab mereka mahukan anak?

Adakah mereka akan anggap aku ni seperti ibu tumpang? Bermacam-macam persoalan timbul dalam fikiranku yang tak diluahkan.

Aku datang dari keluarga yang berpecah-belah. Melihat kemesraan dan kasih sayang antara Kak Ena dan Abang Zam kadang-kadang menimbulkan perasaan iri padaku, mengapa bapa aku tak pernah layan ibu sebaik itu?

Jadi ketika Kak Ena sebut ingin aku menjadi madunya, aku sangat terkejut sebab mereka nampak sangat bahagia.

Bilaku tanya Kak Ena mengapa, jawabnya, dia hanya mahu kongsi kebahagiaan itu denganku. Dia tahu hal keluarga ku. Dia ikhlas ingin aku jadi madu dia supaya aku terjaga. A

ku mula serba salah. Di usia 28 tahun aku belum pernah punya kek4sih, tiba-tiba dilamar untuk menjadi madu orang.

Kawanku berpesan jangan terima hanya kerana perasaan kasihan, atau kerana ingin cepat kahwin diusia hujung 20-an.

Aku solat istikharah, minta petunjuk dan aku dapat rasakan yang aku mahu menjadi sebahagian dari keluarga Kak Ena dan Abang Zam.

Aku menerima lamaran itu. Aku berkahwin diusia 29 tahun. Abang Zam tua 5 tahun dariku dan Kak Ena pula tua 4 tahun dari Abang Zam.

Abang Zam sediakan rumah yang lengkap untuk aku tinggal. Kak Ena juga membantu urusanku dengan Abang Zam.

Rezeki selepas nikah, 3 bulan selepas itu aku disahkan mengandung. Kak Ena dan Abang Zam gembira bukan kepalang, sampai kami bertiga menangis ketika berita itu dikhabarkan.

Mereka terlalu baik. Aku juga mula belajar untuk cintakan Abang Zam, kerana kini dia bukan lah seseorang yang aku admire dengan caranya melayan isteri, tapi kerana dia suami aku.

Ketika aku dalam pantang, Kak Ena banyak menjagaku dan anak sulungku. Ketika anakku mencecah usia setahun setengah, dia mula memanggilku dengan panggilan ‘Mama’ manakala Kak Ena disebut ‘Mummy’. Aku sangat gembira dengan kehidupan baruku.

Tiada sikit pun perasaan negatif walaupun kami hidup berpoligami. Seperti mesranya aku lihat Abang Zam melayan Kak Ena dulu, seperti itu juga lah Abang Zam melayan dan memanjakan aku. Rezeki lagi ketika anak sulungku mencecah 2 tahun, aku mengandung lagi.

Anakku kini telah bersekolah tadika, dan Kak Ena tak ubah seperti ibu kedua mereka. Kami bahagia.

Tapi satu hari mula satu perasaan bermain difikiranku ketika ku melihat kemesraan antara Kak Ena, Abang Zam serta anak-anakku. Aku rasakan seperti aku menjadi orang tengah antara mereka.

Hasutan syaitan. Aku mula rasakan aku orang ketiga dalam hubungan ini. Kak Ena dan Abang Zam sangat baik pada ku. Tapi aku tahu hati Kak Ena pasti runtun saat aku menikah dengan suaminya. Apa lagi aku telah melahirkan zuriat Abang Zam.

Dia sentiasa senyum, tapi matanya tak mampu menyorok kesedihan bahawa dia tak mampu memberi zuriat seperti aku. Dia terpaksa berkongsi suami hanya kerana sayangkan suaminya, mahu suaminya punya anak kandung sendiri.

Aku sayangkan mereka kerana mereka keluarga aku, tapi hati kecilku merasakan aku merampas kebahagiaan yang patut menjadi milik Kak Ena.

Aku juga keliru bahawa perasaan ini timbul mungkin sebab aku sendiri yang cemburu melihat Kak Ena dan Abang Zam.

Pernah terlintas difikiranku bahawa aku mahu Abang Zam lepaskan aku, dan tinggal bersama Kak Ena serta anak-anakku. Tapi aku tak mampu hidup tanpa anak-anakku disisi.

Sekiranya aku mahu pergi bersama anak-anakku, tentulah aku merobek kebahagiaan yang mereka miliki. Jadi aku hanya diamkan sahaja.

Satu hari Abang Zam perasan sikap aku yang banyak mendiamkan diri. Dia mula bertanya dan akhirnya aku menangis menceritakan perihal hatiku pada nya.

Dengan tenang dia menjelaskan bahawa dia ikhlas mencintai aku, aku bukanlah hanya ‘ibu tumpang’ untuk dia dan Kak Ena.

Dia betul mahu menjagaku dan Kak Ena ikhlas menyayangiku seperti adik sendiri. Aku halang Abang Zam untuk menceritakan hal ni pada Kak Ena kerana aku takut persepsi Kak Ena terhadapku berubah.

Hari demi hari hidupku berjalan seperti biasa. Kami bertiga masih pergi bercuti bersama anak-anak, dan kadang kala Kak Ena jagakan anak-anak dan aku serta Abang Zam pergi bercuti berdua.

Aku tahu hidupku bahagia, tapi perasaan ini kadang timbul tanpa dijangka dan aku tak mampu berhenti dari memikirkannya.

Kini aku mengandung anak ketiga, dan perasaan itu datang lagi. Aku cukup lemah apabila perasaan ini timbul kerana tiada cela sikit pun dalam keluarga ini.

Aku yang tak bersyukur tapi dalam masa yang sama sangat susah untuk buang perasaan ini selama-lamanya.

Kalian doakan aku selamat bersalin awal tahun depan, dan semoga keluarga kami bahagia seperti ini sampai bila-bila.