Kantoi pakai ‘gelang pink’ berjalan2 beli barang, wanita ini buat ramai sakit hati


Tidak dinafikan, antara punca utama kenaikan kes Covid-19 adalah daripada sikap segelintir individu yang kurang rasa tanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

Terbaru, seorang wanita berstatus individu di bawah pengawasan Covid-19 telah ditahan apabila dia didapati keluar dari rumah dan berada di tempat awam di Bayan Lepas pagi semalam.

Pakai gelang pink bersiar-siar

Menurut laporan Utusan, difahamkan wanita itu kini dalam tempoh kuarantin oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selama 14 hari membabitkan kes Kluster Bayan.

Wanita itu ditahan oleh anggota RELA di Kompleks Sri Aman Persiaran Paya Terubong 2, Taman Sri Aman sebelum dia dirujuk Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut.

Sabar 14 hari tak boleh ke?

Lantaran itu, rata-rata netizen di media sosial meluahkan rasa tidak puas hati dan kurang senang terhadap wanita tersebut yang disifatkan mementingkan diri sendiri kerana gagal mematuhi tempoh kuarantin.

Kurang ajar betul!

Syabas anggota RELA

Inilah punca kes Covid-19 bertambah

Sumber : Utusan (Noor Hasliza Nusi) , Info Roadblock JPJ/POLIS