Berita baik buat ‘kaki movie’, panggung wayang kembali dibuka bermula 1 Julai

Dalam sidang media Keselamatan bagi perkembangan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beberapa pengumuman penting telah dibuat.
Paling mencuri tumpuan sudah tentu pembukaan semula panggung wayang yang akan dikuatkuasa bermula 1 Julai nanti.

Ikut SOP

Dalalm sidang media itu, Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu panggung wayang akan dibuka mengikut SOP yang ditetapkan dengan hanya maksimum 50 orang sahaja dalam satu-satu masa.
Selain itu, teater dan juga live event turut dibenarkan berlangsung semula bermula 1 Julai ini. Namun begitu, persembahan-persembahan yang dinyatakan hanya dibenarkan dilakukan dalam dewan tertutup sahaja.
PKPP: Taman tema air masih belum dibenarkan - Ismail Sabri@IsmailSabri60
View image on Twitter
PKPP: Aktiviti pawagam, teater, 'live event' dibenarkan mulai 1 Julai di dewan tertutup sahaja - Ismail Sabri@IsmailSabri60
View image on Twitter
16 people are talking about this
Disamping itu, pertanyaan berkenaan majlis perkahwinan  juga telah diajukan oleh wartawan dalam sidang media tersebut sama ada boleh dilakukan ataupun tidak.
Walau bagaimana pun Menteri Keselamatan memaklumkan keputusan berkenaan jawapan soalan yang ditanya akan diberitahu pada hari rabu, iaitu sidang media berikutnya.

Sumber: BernamaHarian Metro