Ulasan WIN drpd Bro Firdaus pasal ‘buat bodo-bodo’…
Boleh tidak bersetuju tetapi di manakah adab & akhlak kita dengan orang lebih tua? Saya ada perkara kurang setuju dengan orang lain begitu juga orang lain ada yang tidak bersetuju dengan kita tetapi adab mesti jaga.
Bila saya tengok video itu, saya yang berbangsa Cina ini pun faham maksud ‘buat bodo-bodo’ takkan yang lain tak faham? Bab testosteron, biar pakar menjawab. Isu garpu tala, kami akan ulas nanti. Apa lagi perkataan atau ungkapan yang seringkali orang salah faham selain ‘buat bodo-bodo’?
Alkisah Mee B0d0h…
Di Melaka, ada satu gerai yang menjual mee goreng b0doh. WHAT??? Mee goreng b0doh? Takde ke nama lain? Ya memang namanya Mee B0doh yang dijual di gerai Pak Hassan. Cara masaknya simple sahaja, mee, kicap, sambal & taugeh, bereh boh. Harganya pun murah. Nak Topup telur goreng pun boleh.
Yang masak & jual tak b0doh kerana mee b0doh laku keras. Yang datang makan pula tak terus jadi b0doh kerana ada je peguam, doktor, jurutera, businessman dan pendakwah yang makan. Cuma lepas makan nampak macam ‘diperb0dohkan’ kerana akan datang makan lagi.
Anda pernah rasa Mee B0doh ini atau ada makanan lain yang namanya unik dan sedap?
Kepada yang tertinggal keretapi, sila tonton video di bawwah…