Syukur! Ebit Lew tiba di Ga.za diiringi tentera Mesir, kereta berperisai “Kami team pertama di dunia dapat masuk melalui pintu Rafah selepas per4ng”


Begitulah ungkapan yang disebut pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bagi memberi perkhabaran terbaharu mengenai misinya ke Pal3stin.

Menerusi Instagram, Ebit pada Isnin pagi memaklumkan pasukannya sudah berada di Gaza yang mana perjalanan mereka ke sana diiringi oleh tent3ra Mesir.

“Kami masuk dengan diiringi tent3ra Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

“Menurut kedutaan Malaysia dan Unit Peri.sikan Te.ntera Mesir, kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini,” ujarnya kepada 5.2 juta pengikut Instagram.

Dalam pada itu, Ebit turut berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pihak Wisma Putra yang berterusan membantu pasukannya dalam misi itu.

“Terima kasih teramat sangat pada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej.

“Datuk Seri call Kementerian Luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus,” ujarnya.

Selain itu, Ebit turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut sama menyumbang dan membantu misi itu.

Ebit dalam posting sama turut meluahkan rasa sebak apabila tiba ke sana yang mana ia disifatkan seperti kepulangan ke kampung halaman sendiri.

“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Pale.stin. Kini dapat jejak kaki ke sini.

“Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Pales.tin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut termasuklah Kementerian Kesihatan Pale.stin dan Kementerian Luar Palestin.

“Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Ebit pada 27 Mei lalu memaklumkan dia dan pasukannya selamat tiba di Mesir dan membeli barangan keperluan asas serta ubat-ubatan yang seterusnya akan dibawa ke Ga.za.