Heliza Helmi lantang bersuara isu Palestin, IG beri amaran akaun mungkin dipadam
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi menerima amaran daripada pihak Instagram apabila kerap memuat naik pelbagai posting berkenaan isu yang berlaku di Palestin ketika ini.
Menurut penyanyi berusia 35 tahun itu, terdapat beberapa posting miliknya telah diturunkan pihak Instagram yang dilabel sebagai keganasan atau berbahaya.
Doakan media sosial kita selamat… amin!
“Kutip derma dan cakap the truth pun violence ka? LIVE pun kakja dah tak dapat buat. Hahaha takuit ler tu. koyaks ker tu. Hehehehe tak ada masalah tak ada masalah tak ada masalah. ALLAH kan ada .
.
“In sha Allah hingga TITISAN DARAHS TERAKHIRS AKAN KU PERJUANGKANS ISU UMMAHS! TAKBIR!!! Korang doakan media sosial kita semua still selamat untuk kita teruskan JIH4.D kita! Pls,” tulisnya.
Bagaimanapun, dia yang lebih mesra dipanggil Kakja mempunyai teknik bagi mengelakkan perkara tersebut disekat iaitu dengan menggunakan bahasa ‘F’ atau perkataan yang sukar dikesan pihak Instagram.
Kita guna bahasa samar2
Selain Heliza, beberapa selebriti lain seperti Fedtri Yahya, Faizal Tahir, Mizz Nina, Diana Amir dan ramai lagi turut lantang menyuarakan kemarahan terhadap zionis Israel melalui platform media sosial.
Sumber: Instagram Heliza Helmi