‘Doa abang selalu mengiringi Lofa dan Riz, sabarlah dinda berdua’ – Suhaimi Saad
TINDAKAN usahawan dan selebriti popular, Neelofa dan suami yang mengaku tidak bersalah melanggar SOP rentas negeri ketika perbicaraan mahkamah semalam telah menyebabkan ramai netizen mengecam dirinya.
Bagaimanapun, belum reda lagi perbicaraan kes tersebut, timbul pula kontroversi baru di mana netizen menuduh pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor tidak memakai ‘face mask’ sewaktu menghadiri prosiding mahkamah.
Rumah siap, pahat berbunyi. Selepas selesai satu isu, muncul isu yang baru bagaikan ada sahaja yang tidak kena dengan pengasas jenama Naelofar itu di mata netizen.
Namun begitu, berlainan pula bagi bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Suhaimi Saad.
Seperti yang ramai tahu, Mohd Suhaimi Saad pernah menyokong Neelofa setelah dia berniat membantu penjual burger yang dikompaun suatu masa dahulu.
Kali ini, penyanyi nasyid berusia 41 tahun itu tampil sekali lagi melaungkan sokongan penuh dan memberi kata-kata semangay khas buat Neelofa dan suaminya, Haris Ismail menerusi ‘posting’ di Instagram.
“Sebahagian dari ujian yang mereka lalui, dah pun aku lalui. Walau coraknya tak sama, tapi warnanya hampir serupa. Aku faham apa yang mereka rasa dan perlu hadapi.
“Tak dapat luah dan cerita semua sebab tetap takkan dapat memahamkan setiap yang terpedaya, membenci dan berdengki. Itulah asam garam dunia sebagai pejuang yang cuba berlari menuju ilahi.
“Bila manusia selalu menjatuhkanmu, itu bermakna engkau sedang berada di atas. Kalau kau tak punya sesuatu yang lebih dan istimewa, tak akan ada siapa pun yang dengki dan sakit hati. Sabarlah dinda berdua,” tulisnya lagi.
“Dunia memang tempat penat. Mudah-mudahan Allah jadikan syurga tempat kita berehat selama-lamanya..” tulisnya.
Selain itu, dia turut memanjatkan doa memohon lindungan Allah ke atas pasangan selebriti terbabit.
Dalam ‘posting’ berbeza, Suhaimi menunjukkan perasaan marah apabila Neelofa dipanggil oleh pihak polis yang ingin menyiasat tentang dakwaan wanita itu tidak memakai ‘face mask’ ketika pergi ke mahkamah.
Suhaimi turut mengutuk individu yang sibuk memviralkan orang yang langgar SOP sebaliknya, kes rasuah, dadah, arak dan judi yang sepatutnya diviralkan habis-habisan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikutnya bersetuju dengan kenyataan suami kepada bekas penyanyi Ina Naim tersebut.
Terdahulu, gambar Neelofa yang didakwa tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke mahkamah menjadi sorotan netizen apabila lekuk wajahnya kelihatan disebalik niqab nipis yang dipakai.
Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisoner Mohd. Said Ibrahim berkata, kertas siasatan dibuka susulan Neelofa tidak mematuhi SOP dengan tidak pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber: Instagram Suhaimi Saad