Suap makan sambil bergurau, pemuda jaga ibu sakit di hospital terima pujian
Bukan senang untuk melihat anak lelaki menjaga ibu yang sedang sakit di hospital. Walaupun masih ada, namun tanggungjawab tersebut biasanya digalas oleh suami ataupun anak perempuan.
anak lelaki jaga ibu sakit
Dalam satu perkongsian yang tular di aplikasi Tik Tok, seorang pengguna telah mengambil video secara senyap seorang remaja lelaki yang sedang menguruskan ibu tersayang yang sedang terlantar sakit di katil hospital.
Suap ibu makan, siap bergurau lagi
Menurut Umie Qazrina, dia mengakui terharu melihat lelaki tersebut yang sangat sopan dan lembut melayani ibunya di hospital. Dalam video itu juga, dapat diperhatikan pemuda terbabit menyuapkan makan kepada ibunya yang tidak berdaya untuk bangun.
Disamping itu, Umie Qazrina juga sempat mendoakan agar pemuda tersebut dimurahkan rezeki dan memohon maaf kerana merakam video secara sembunyi-sembunyi.
Salah satu contoh lelaki sejati
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan murni lelaki itu yang sangat bertanggungjawab dengan ibunya.
Mereka juga mendoakan agar pemuda tersebut terus dipermudahkan urusan dan ibunya kembali sihat seperti sedia kala.
Betapa hebatnya anak ini
Nampak dah dia layang isterinya nanti macam mana
“Abang respect dengan kau dik”
Sumber: Sajeeda83