“KP Kesihatan dah buat yang terbaik, sesuai dengan posisi beliau..” – Dr Zulkifli


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berikutan isu ‘panas’ di Dewan Rakyat semalam.

Sesuai dengan posisi beliau

Beliau menyifatkan Dr Noor Hisham adalah individu terpenting malah telah melakukan yang terbaik dan sesuai dengan posisi disandang dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 di negara ini.

“KP Kesihatan adalah antara individu terpenting dalam usaha memerangi pandemik COVID-19. Saya yakin, kita semua bersetuju bahawa beliau perlu kekal sihat, bersemangat dan terus berjuang bersama-sama semua barisan hadapan demi maslahah Negara,” katanya.

Posting dikongsi Zulkifli menerusi laman Facebook itu adalah reaksinya terhadap perbahasan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa Dr Noor Hisham takut mati selain tidak turun padang bagi meninjau perkembangan kes Covid-19 di Sabah.

Tidak timbul isu “takut mati”

Menerusi posting tersebut juga, beliau juga berkongsi kisah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, Abu Ayyub al-Ansari dan seorang tentera Islam ketika berperang menawan kota Konstatinopel dengan jumlah tentera Rom yang amat ramai.

Zulkifli turut menjelaskan konsep kematian dalam Islam amat mudah dan yakin kematian akan menjengah pada bila-bila masa.

“Hanya Allah SWT sahaja yang Hidup Kekal dan tidak mati. Hanya Dia Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa Yang Kekal Abadi. Muslim tidak takut mati tetapi kami sentiasa digalakkan untuk mengingati mati.
“Apa yang kami risau dan takutkan adalah, adakah amalan kami cukup untuk menjadi bekalan bertemu Pencipta kita semua di alam sana?,” tambahnya.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri , kredit foto/Malaysia Sin Chew Daily