Ini Respond Najib Selepas Menteri Kewangan Umumkan Status KWSP Boleh Keluar 10k


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan program I-Sinar KWSP diperluaskan kepada lebih ramai pencarum.

Program i-Sinar dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan tidak kira sama ada hilang pekerjaan atau kurang pendapatan. 8 juta ahli dijangka memanfaatkan kemudahan tersebut.

Ketika Belanjawan 2021 baru-baru ini, program itu hanya meliputi untuk 2 juta pencarum sebelum ini.

Sementara itu di FB Najib Razak.

RASMI dari Parlimen: Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP kini dibuka kepada SEMUA ahli yang menghadapi masalah kewangan.

Sekarang 8 juta ahli KWSP layak untuk mengeluarkan sehingga RM10,000 seperti dituntut YB Pekan, YB Bagan Datuk dan ahli-ahli MP BN.

Pengumuman dari Menteri Kewangan.

iframe title=”DEWAN RAKYAT | Pengeluaran i-Sinar Untuk Semua Ahli KWSP” src=”https://www.youtube.com/embed/4IQAwY9p0cU?feature=oembed” width=”777″ height=”437″ frameborder=”0″ sandbox=”allow-scripts allow-same-origin” allowfullscreen=”allowfullscreen” data-reader-unique-id=”14″ data-mce-fragment=”1″>

Jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Terdapat kebaikan dan keburukannya dalam isu ini. Orang ramai mempunyai pilihan sama ada ingin memanfaatkan program ini atau tidak. Namun sekiranya anda benar-benar memerlukan wang, dan tiada kaedah lain, anda perlu memanfaatkan program ini,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, i-Sinar hanyalah langkah sementara kepada golongan yang terlibat untuk menggunakan simpanan persaraan mereka dan terus bertahan dari segi kewangan.

“Sudah tentu, sekiranya anda memilih untuk tidak menggunakan simpanan anda melalui program i-Sinar ini, KWSP akan mempunyai lebih banyak wang untuk pelaburan yang akan memberi kebaikan kepada kita dari segi dividen pada masa depan,” katanya.

Pada Isnin lalu, KWSP mengumumkan bahawa i-Sinar akan memberi manfaat kepada dua juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan disediakan

Olahan RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!