Ini apa yang didedahkan oleh Polis tentang pemandu Myvi Wanita yang langgar kereta anggota TLDM sehingga M4ut


Polis menahan pemandu Perodua Myvi yang terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, di sini semalam, hingga menyebabkan lelaki berusia 31 tahun mening-gal dunia.

Difahamkan pemandu itu adalah wanita berusia 23 tahun. Kemal4ngan terbabit tular di media sosial selepas kereta berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik.

PEMANDU WANITA MYVI RUPANYA POSITIF DAD4H

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ujian saringan ke atas pemandu itu mendapati dia positif dad4h dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dad4h Berbah4ya 1952.

“Dia yang sudah ditahan turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Padzli berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemal4ngan kira-kira 9 pagi itu berlaku apabila pemandu Perodua Myvi hilang kawalan dan melangar tembok pembahagi jalan sebelum merem-puh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi.

“Akibatnya, Perodua Myvi dan Honda Accord terbalik dan pemandu Honda Accord di kepala serta meningal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pemandu Proton Iswara berusia 78 tahun pula ced3ra.

Sementara itu, Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, pihaknya sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota ke lokasi dan mengeluarkan mangsa yang berada di Honda Accord.

“Mang-sa berusia 31 tahun ters3pit di bahagian pemandu dan kami menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya. M4yat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya memberitahu operasi ditamatkan pada 10 pagi.

Sumber : HMETRO ONLINE