Addy K4nna, Le0ng Ye0ng Tidak Terlibat M4c4u Sc4m!! Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Dedah Hal Sebenar,Rupanya Ini ‘Kerja’ Mereka Selama Ini
Susulan kes penggubahan wang haram, pihak polis hari ini mengesahkan dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak bersalah.
Menurut laporan Sinar Harian, dua lelaki terbabit iaitu Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong@Alvin dimaklumkan tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.
Dakwaan tidak tepat
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan kegiatan penipuan dalam talian di negara melibatkan dua individu terbabit adalah tidak tepat.
Menurut Huzir, dua individu terbabit berperanan sebagai koordinator atau ejen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet.
Addy Kanna masih ditahan
Bagaimanapun, pihaknya menjelaskan Addy Kanna masih lagi ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu.
Huzir berkata, polis kini sedang dalam usaha mengesan Alvin yang melarikan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perbualan telefon penipuan dalam talian oleh seorang lelaki yang mendakwa ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kanna yang tular sejak minggu lalu.
Tambah Huzir, pihaknya akan mendedahkan butiran kegiatan penipuan oleh dua individu tersebut dalam masa terdekat bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat tempatan.
Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja.
Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail) via OMM