Anak Nora nak saman penyebar video adik bercumbu
Anak sulung penyanyi Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan, 27, mendedahkan pihak keluarga bersedia untuk membawa individu yang menyebarkan video adiknya, Putri Nor Dahlia atau Putri bercumbu dengan remaja lelaki ke muka pengadilan.
Syakir berkata perbuatan individu terbabit yang menggunakan nama @danicah6299811 di Twitter sememangnya cukup melampau apabila berkali-kali memuat naik video dengan tujuan mengeruhkan keadaan.
"Insya-Allah kalau disabitkan kesalahan, kami cubalah untuk bawa anda ke muka pengadilan sekali. Sebab bukan sekali awak 'post' video ini. Memang berniat untuk memburukkan lagi keadaan ya?" katanya turut sertakan pautan akaun yang sudah dipadam di Twitter itu.
Syakir turut mengakui dia agak terkilan apabila warganet cuma menghentam ibu serta adiknya, sedangkan kesalahan itu patut diletakkan pada remaja lelaki terbabit.
Menurutnya lagi, keluarga juga mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan dengan pihak keluarga remaja lelaki itu, hari ini.
"Perkara ini sudah berubah menjadi lebih serius. Insya-Allah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki itu.
"Walaupun ada yang sudah membenci dan mencaci adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak kongsikan video yang sedia ada, dan doakan kami semua. Insya Allah," katanya.
Terdahulu, Nora membuat pengakuan gadis yang bercium dengan seorang remaja lelaki dalam video yang tular adalah anak perempuannya, Putri. Mengakui terkilan Nora berkata, dia sudah melakukan apa yang terbaik untuk mendidik anak perempuannya menjadi insan berguna.
Turut bersuara mengenai isu itu, Putri menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dia dipaksa.
Bagaimanapun, percubaan Harian Metro menghubungi penyanyi Nora untuk mengulas tindakan susulan pihaknya terhadap isu terbabit, sama sekali tidak berbalas.