123 Pelajar Buat Sujud Syukur Di Padang Sekolah

 


123 Pelajar Buat Sujud Syukur Di Padang Sekolah

Pada tahun lalu pernah tular 123 pelajar buat sujud syukur di padang sekolah. Ramai yang telah memuat naik dan berkongsikan kegembiraan mereka kerana telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Namun apa yang menarik perhatian warganet ialah beberapa keping gambar pelajar-pelajar PT3 di Sekolah Sultan Alam Shah dimana seramai 123 orang dari 170 pelajar, telah memperolehi keputusan cemerlang dangan menggenggam 9A.

Sujud syukur di padang sekolah

Apa yang menariknya, kesemua pelajar-pelajar ini melakukan sujud syukur secara beramai-ramai di padang sekolah. Malah, perkara ini juga memang merupakan tradisi setiap tahun di sekolah tersebut. Kejayaan dan juga perkara seperti ini perlu dicontohi dan dijadikan inspirasi buat semua.

Sumber:facebook