Kluster Kayangan Warga Asing Angkuh! ‘Demand’ Bilik Hotel Mewah, Siap Marah2 Frontliner

Tak sudah-sudah lagi para petugas barisan hadapan kita perlu melayan kerenah golongan kluster kayangan ini, yang majoritinya adalah dalam kalangan warga asing yang diarah menjalani proses kuarantin wajib 14 hari di hotel.
Menerusi hasil temu bual oleh Harian Metro, salah seorang petugas frontliner berkongsi pengalamannya berhadapan dengan pelbagai kerenah individu yang diarahkan menjalani kuarantin sebaik tiba di tanah air.

Tak faham bahasa pulak tu

Menurutnya, golongan yang agak sukar dikendalikan adalah dalam kalangan warga asing yang tidak faham arahan, mereka akan dikuarantin selama 14 hari sebaik mereka masuk ke Malaysia.

Nak hotel selesa & mewah

Malah, ada yang enggan menjalani kuarantin selama 14 hari dengan memberi pelbagai alasan, lepas tu golongan ini juga bersikap biadap terhadap petugas.
“Mereka tidak mahu membayar caj hotel ditetapkan. Oleh itu ada antara mereka terpaksa dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) yang dijadikan pusat kuarantin…”
“Terdapat juga PUS yang memilih hotel dan mahu dipindahkan ke hotel lain dengan alasan tidak selesa atau mahukan hotel lebih mewah…”
Meskipun kena berhadapan dengan kluster kayangan yang selalu banyak ‘songeh’ ini, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, Rela tetap bersikap profesional.


Sumber : Harian Metro