Tanggung kos sendiri, individu balik dari ‘oversea’ tak boleh kuarantin di rumah lagi

Seperti biasa, sidang media melibatkan Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) kluster keselamatan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah bersiaran secara langsung pada jam 2 petang.

Tiada lagi kuarantin di rumah

Dalam sidang media tersebut, beliau memaklumkan bahawa setiap individu yang pulang ke Malaysia perlu menjalani kuarantin di tempat-tempat kuarantin tertentu bagi mengelakkan penularan.
Hal ini susulan daripada peningkatan kes sejak kebelakangan ini disebabkan pelanggaran kuarantin yang dilakukan oleh mereka yang pulang dari luar negara selepas diminta untuk kuarantin diri sendiri di rumah.

Kena tanggung kos sendiri

Penarikkan semula kelonggaran tersebut memerlukan mereka dikuarantin secara terus di pusat kuarantin wajib dan perlu menanggung kos secara sendiri bermula pada Jumaat ini iaitu 24 Julai 2020.
Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikkan jumlah kes positif Covid-19 di dalam negara disebabkan kegagalan sesetengah individu untuk  mematuhi SOP.
Selain daripada  itu, tularnya satu gambar wanita yang memakai tag berwarna pink menandakan dia didalam tempoh kuarantin telah membimbangkan rakyat Malaysia apabila dia dengan sesuka hati keluar makan di kafe tanpa rasa kesedaran mengenai risiko penularan.
Sumber: Bernama