Segak bergaya santai, DG Hisham ambil peluang bergambar di mural wajah sendiri

Semalam, KDYMM Baginda Agong telah berkenan untuk melawat ke mural gergasi memaparkan potret-potret pemimpin negara, termasuk Baginda, yang diabadikan pada dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor.

Bergambar dengan mural kreatif

Hari ini, seorang lagi ‘hero’ negara iaitu Ketua Pengarah kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengambil kesempatan untuk turut ke mural gergasi itu dan bergambar santai di lakaran wajah beliau.
Hal tersebut telah dimuat naik Laman Facebook rasmi Dr Noor Hisham sendiri dengan memuji hasil karya kreatif Suhaimi Ali dan rakan-rakannya.

Zahir rasa penghargaan

Dalam pada itu juga, beliau sempat menyatakan rasa penghargaan terhadap seluruh rakyat Malaysia yang sangat mengisnpirasikan ketika negara dilanda pendemik dengan melakukan pelbagai perkara yang menjadi ‘senyuman’ kepada seluruh negara.

Bangga dengan Datuk

Perkongsian gambar itu bukan sahaja mendapat ribuan tanda suka di Facebook, malahan mendapat reaksi yang pelbagai daripada warganet yang memuji gaya santai Dr Noor Hisham yang terlihat begitu ‘cool’ dan segak di hadapan mural wajahnya.

Malaysian hero!

Dr nampak handsome!


Sumber: Dr Noor Hisham