Tampil sopan selepas kahwin, ramai suka lihat perubahan Tasha Shilla

Sejak empat bulan mendirikan rumah tangga, penampilan pelakon Tasha Shilla semakin menambat hati peminat dan warganet yang mengikutinya di laman Instagram.
Mana tidaknya, penampilan tersebut nampak berbeza berbanding imej yang ditonjolkan pada mula pelakon berusia 33 tahun itu melibatkan diri dalam industri hiburan.

Terbaru, Tasha atau nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak berkongsi posting bersama suaminya Muhammad Atiq Idris yang berpakaian sedondon berwarna hijau ketika keluar ‘berdating’.

Sering tampil sopan dan sederhana, perkara tersebut sekaligus mengundang netizen bagi memberikan komen dimana rata-rata memuji pasangan itu yang jelas terpancar kebahagiaan pada wajah mereka.

Sopan lepas kahwin, sejuk mata tengok!

Comel pasangan ni, sama padan

Akhirnya Tasha temui kebahagiaan

Muka seiras pula tu!

Nampak sangat2 ayu & sopan

Terdahulu, pasangan sebaya berusia 33 tahun itu selamat diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah pada 28 Februari lalu.

Antara posting lain yang dikongsi




Sumber : Tasha Shilla