“Tak boleh terima lagi, cari negara ketiga lain buat pelarian Rohingya.” -Ismail Sabri

Isu pelarian Rohingya yang kerap kali dibahaskan sejak kebelakangan ini dilihat agak serius selepas kedatangan mereka yang semakin ramai di Malaysia.

Pelarian Rohingya ini juga turut semakin ramai sehingga mempunya penempatan tersendiri di beberapa tempat dalam negara ini.

Tak boleh terima pelarian lagi

Oleh sebab itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan pendirian bahawa negara tidak akan lagi menerima pelarian tersebut.
Hal ini disuarakan kepada Mr. Thomas Albrecht, wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) menerusi perbincangan mengenai pelarian Rohingya semalam.

Cari negara lain

Dalam kenyataan yang ditulis di akaun Facebook rasminya, Ismail Sabri telah memaklumkan bahawa Malaysia tidak boleh menerima pelarian tersebut lagi dan meminta agar pihak UNHCR untuk mencari negara ketiga lain bagi pelarian Rohingya ini.

Minta sediakan pelan untuk selesaikan isu ini

Dalam pada itu, Datuk Sri Ismail Sabri turut meminta agar pihak UNHCR menyediakan pelan jangka sederhana dan jangka panjang untuk selesaikan isu Rohingya di Malaysia.