Kenang diri penuh dosa, Norman Hakim berkafan demi cetus rasa insaf

Setiap insan pastinya mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk mendekatkan pada Ilahi. Dosa masa lampau bukan alasan dan penghalang buat diri seseorang untuk mengubah dirinya untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
Norman Hakim dan pasangannya, Memey Suhaiza antara selebriti di Malaysia yang mengagumkan mengagumkan dengan perubahan lebih baik dari diri mereka sekeluarga. Begitu menginspirasikan bagi pasangan suami isteri yang berada di luar sana.

Ini bukan Lathi Challange, ini Barzakh Challange!

Menerusi perkongsian daripada Norman Hakim di akaun Instagram miliknya hari ini, dia telah memuat naik gambar yang agak mengejutkan semua orang jika disekali imbas. Norman Hakim dilihat memuat naik gambarnya yang sedang bertutup litup oleh kain kafan dipakaikan dengan sempurna.
Tujuan Norman ‘berpakaian’ sebegitu adalah untuk mencetuskan rasa insan dalam dirinya sendiri agar lebih dekat kepada Ilahi.

Perkongsian yang bangus abang Norman!

Ekoran dengan perkongsian oleh pelakon lelaki berkenaan, Norman Hakim telah menerima pelbagai jenis komen positif daripada pengikutnya sendiri. Bahkan, perkara ini sewajarnya diwar-warkan untuk memberi ilmu yang berguna buat orang ramai.

Semoga pengakhiran kita semua Husnul Khotimah

Belajar sambil istiqomah

Ini pengajaran buat kita semua…

Setiap yang bernyawa pasti akan mati…

Semoga ilmu dan perkongsian daripada Norman Hakim ini akan menginsafkan diri buat seketika dari terus lalai dengan duniawi semata-mata.
Sumber: Instagram.